Tuesday, January 24, 2012

Stadium Sultan Muhammad V (Kelantan FA)


Hari ini Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa telah mendedahkan di laman Facebook beliau rekabentuk stadium baru Kelantan bagi menggantikan Stadium Sultan Muhammad IV yang seringkali dilanda dengan masalah & kontroversi. Antara masalah yang pernah dilaporkan sebelum ini adalah masalah lampu limpah dan scoreboard.

Menariknya stadium yang bakal dibina ini bakal menjadi satu-satunya stadium yang didirikan khusus untuk kegunaan bolasepak (tanpa trek olahraga) seperti yang biasa kita saksikan di kaca TV untuk perlawanan liga eropah.


Kapasiti penonton bagi stadium ini adalah 40,000. Mengikut mesej yang dihantar melalui laman Facebook beliau juga, TSAM memaklumkan stadium ini akan diberi gelaran The Fortress (Kubu) bagi pasukan The Red Warriors.



Tahniah kepada semua penyokong Kelantan kerana mempunyai seorang pemimpin sukan yang bervisi. Diharap ianya akan menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment